Kuala Lumpur · Selangor · Negeri Sembilan

Alif Tarmizi

Peguam Jenayah & Pengasas Blog Peguam Jenayah

Saya hanya mengendalikan kes jenayah dan hanya mewakili Orang Kena Tuduh (OKT) — dari permohonan reman dan jaminan, hingga perbicaraan dan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

28.07.2017 Ditauliahkan sebagai peguam
01.02.2018 Menubuhkan Tetuan Alif & Co
Jenayah Sahaja Mewakili OKT sahaja
Alif Tarmizi di hadapan Mahkamah Tinggi
Pengasas Tetuan Alif & Co
Profil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya Alif, Peguam Jenayah yang hanya mengendalikan kes jenayah di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Saya telah ditauliahkan sebagai peguam pada 28 Julai 2017 dan seterusnya menubuhkan firma guaman saya sendiri, Tetuan Alif & Co, pada 1 Februari 2018.

Sejak penubuhan Tetuan Alif & Co, saya telah membantu ramai individu yang berhadapan dengan pertuduhan jenayah — sama ada untuk mendapatkan pembebasan daripada pertuduhan atau membantu mendapatkan hukuman yang lebih ringan berdasarkan prinsip undang-undang dan keadilan.

— Alif Tarmizi

Pengalaman

Jenis kes yang pernah dikendalikan

01

Pengedaran Dadah

Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952

02

Dadah / Narkotik

Pemilikan dan penyalahgunaan dadah

03

SOSMA

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

04

POCA & LLPK

Pencegahan Jenayah & Langkah-Langkah Pencegahan Khas

05

ATIPSOM

Pemerdagangan orang & penyeludupan migran

06

Jenayah Seksual

Termasuk kesalahan seksual terhadap kanak-kanak

07

Jenayah Komersial

Termasuk kes pecah amanah

08

Rasuah

Pertuduhan berkaitan rasuah

09

Jenayah Trafik

Kesalahan jenayah berkaitan jalan raya

10

Jenayah Berat

Dan pelbagai kes jenayah lain

Rekod Kes

Sebahagian kes yang telah dikendalikan

Identiti anak guam dirahsiakan. Setiap kes bergantung kepada fakta dan keterangannya sendiri.

Mahkamah Tinggi Kuantan, 25 Februari 2026
25.02.2026 · Mahkamah Tinggi KuantanDilepas dan dibebaskan — pertuduhan mengedar dadah, Seksyen 39B ADB
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, 2 Disember 2025
02.12.2025 · Mahkamah Sesyen Kuala LumpurDilepaskan — pertuduhan rogol, Seksyen 376 Kanun Keseksaan
Mahkamah Sesyen Muar, 26 Ogos 2024
26.08.2024 · Mahkamah Sesyen MuarDilepaskan tanpa dibebaskan — pertuduhan rogol, Seksyen 376 KK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 26 September 2023
26.09.2023 · Mahkamah Tinggi Kuala LumpurDilepas dan dibebaskan — pertuduhan mengedar dadah, Seksyen 39B ADB 1952
Mahkamah Sesyen Putrajaya, 20 September 2023
20.09.2023 · Mahkamah Sesyen PutrajayaDilepas dan dibebaskan — pertuduhan rogol, Seksyen 376 KK
Mahkamah Majistret Petaling Jaya, 15 Disember 2022
15.12.2022 · Mahkamah Majistret Petaling JayaDilepaskan tanpa dibebaskan — Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya
Peranan Sebenar Peguam Jenayah

Peguam jenayah tidak mewakili mangsa.

Ramai mempunyai salah faham. Dalam sistem keadilan jenayah Malaysia, setiap pihak memainkan peranan yang berbeza.

Polis

Bertanggungjawab menyiasat kes.

Pendakwa Raya

Membawa kes terhadap tertuduh bagi pihak kerajaan.

Peguam Jenayah

Mewakili tertuduh dalam proses reman, jaminan, rayuan mitigasi dan perbicaraan
Memastikan proses undang-undang dijalankan secara adil
Memberi nasihat undang-undang kepada tertuduh dan keluarga
Bila Perlu Peguam?

Siapa yang perlu mendapatkan khidmat peguam jenayah?

Jika Tuan/Puan atau ahli keluarga menghadapi mana-mana situasi ini, dapatkan nasihat peguam jenayah seawal mungkin.

IDitahan atau disiasat oleh polis
IIDireman oleh Mahkamah
IIIDituduh di Mahkamah
IVMenghadapi perbicaraan jenayah
VIngin membuat rayuan hukuman atau sabitan
Skop Perkhidmatan

Dari reman hingga Mahkamah Persekutuan

Perkhidmatan

Representasi semasa permohonan reman Permohonan dan rayuan jaminan Pengendalian perbicaraan jenayah Mitigasi hukuman Rayuan kes di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan & Mahkamah Persekutuan Pengendalian kes POCA & LLPK

Kawasan · Mulai 2025

Kuala Lumpur (termasuk Putrajaya)
Selangor
Negeri Sembilan

Tidak Dikendalikan

Kes sivil Kes hartanah Kes syariah Mana-mana kes selain kes jenayah Kes di luar KL, Selangor dan Negeri Sembilan (atas faktor kos dan keberkesanan pengendalian kes)

Tidak mampu membayar peguam?

Tuan/Puan boleh mendapatkan bantuan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). Buat carian Google “YBGK” mengikut negeri kes didaftarkan, atau bertanya di kaunter Mahkamah. Permohonan dibuat terus kepada YBGK negeri masing-masing.

Hubungi Saya

Bertindak segera boleh membuat perbezaan besar.

Jika Tuan/Puan atau ahli keluarga terlibat dalam kes jenayah, hubungi saya melalui WhatsApp. Perkenalkan diri dan nyatakan secara ringkas masalah yang dihadapi.

Contoh mesej

“Assalamualaikum En Alif. Saya [Nama] dari [Lokasi]. Anak/Keluarga saya telah dituduh di bawah Seksyen [Seksyen/Kes] di Mahkamah [Lokasi Mahkamah]. Mohon khidmat nasihat tuan.”

Butang WhatsApp akan mengisi mesej ini secara automatik — hanya lengkapkan maklumat dalam kurungan.